Hari ni hari isnin. Dah 2 minggu rumah aku ketiadaan streamyx. Memang mula2 ok jugak la, sebab dapat gak aku organise balik hard disk aku. Dan dapat gak aku sambung balik main game, yang dah lama aku tinggal.
Tapi 2 minggu tanpa streamyx memang lama. Bukan aku sorang je, area sekitar, lebih kurang dalam 100+ kediaman semua takde. So hari ni aku telefon talian 100 lagi. Dapat bercakap dengan Customer Care Manager, dan Technical Officer. Banyak gak yang aku bagitau, malas nak gaduh teruk2, sebab aku dulu pun penah keje call centre gak, so aku tau apa yang diorang hadapi tiap2 hari.
Tapi kecewa gak sebab mengikut diorang, maybe problem ni hanya akan dapat diselesaikan lagi 1 minggu. Aku terpaksa terima kata2 janji diorang.
Akhirnya aku mintak diorang transfer call aku ke bahagian billing untuk buat penyelarasan bil. Ye la, takkan aku nak bayar full RM110, sedangkan aku dah tak dapat guna 2 minggu, n maybe lagi 1 minggu, kan?
Aku ingatkan memang kena bergaduh dulu la baru dapat penyelarasan. Tapi jawapan dari pihak billing ialah...
"Encik ada nombor report kan? Bila line encik dah boleh digunakan, telefon semula pihak billing, bagi nombor report. Kami akan buat penyelarasan bil dari tarikh talian tak dapat digunakan hingga tarikh talian ok semula."
So ok la camtu. Paling kurang terubat gak la rasa kecewa aku..
** Aku dapat tau tengahari tadi yang pihak kontraktor tengah tarik kabel kat kawasan rumah aku. Harap2 esok or lusa dah ada line balik... Harap2 la.. Amin... hehehe
Monday, July 04, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment